Basic ICT - Email
15 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 14 Julai 2017 jam 2.00 – 4.00 petang, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas basic ICT iaitu email. Dalam kelas ini, peserta ditekankan tentang kegunaan email pada masa globalisasi ini iaitu sebagai alat penghubung antara penghantar dan penerima dengan kadar yang sangat pantas. Peserta diajar cara menggunakan email iaitu Yahoo Mail memandangkan email berkenaan lebih banyak digunakan dan penggunaannya lebih difahami.
Peserta turut diajar langkah demi langkah tentang bagaimana untuk mencipta akaun email di laman Yahoo Mail supaya mereka lebih memahami pembelajaran yang disampaikan. Selain itu, peserta juga ditekankan tentang kegunaan setiap alatan yang terdapat dalam email berkenaan seperti peti masuk (inbox), peti keluar (outbox) , draft, peti tidak dibaca (unread) dan sebagainya.
Dalam kelas ini juga peserta digalakkan untuk membuka laman web Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dimana laman web ini memaparkan pengetahuan am tentang kawasan Melugu dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Melugu pada setiap hujung minggu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: